WELCOME TO MY BLOG



Aku namakan blog ni "JOURNEY TO THE FUTURE" sbb..... hmmm insyaallah blog ni akn mnceritakan semua crite2 yg aku lalui spnjg kehidupan aku... tak kire la ms lps ke ms skrg ke ... hehehe ssh sng yg aku lalui sume aku nk cite kat sni nnt.. pd yg sudi view blog ni nnt korg baca k... hehehe pendek kata blog ni kire cm diari kehidupan aku la... hope u will enjoy reading....

Jom bljr sms cuti sekolah....


5 Langkah Untuk Belajar Sms Cuti Sekolah....


Langkah pertama - Ambil sekeping kertas, senaraikan semua subjek yang anda ambil. Tuliskan gred yang biasa diperolehi atau gred yang diperolehi pada peperiksaan akhir tahun lalu. Tuliskan juga gred yang ingin diperolehi (gred matlamat) dalam peperiksaan sebenar nanti.

Langkah kedua - Kenalpasti mana-mana subjek yang yang gred sekarang dan gred matlamat agak jauh berbeza jaraknya. Subjek-subjek ini perlu diberi keutamaan untuk dipelajari semula dan diulangkaji. Jadi, jika mahu bermula, mulakan dengan belajar subjek-subjek lemah ini.
Langkah ketiga - Untuk subjek-subjek yang perlu diberi keutamaan ini, senaraikan pula semua topik-topiknya. Kemudian kenal pasti topik mana yang dirasakan paling lemah.
Langkah keempat - Antara senarai topik paling lemah ini, pilih topik yang paling pendek dahulu untuk dikuasai. Apabila kita mulakan dengan topik yang paling pendek, ia kelihatan seperti yang paling senang. Jadi keyakinan diri akan jadi tinggi sedikit. Ia membuat proses pembelajaran menjadi lebih mudah.
Langkah kelima - Belajar topik-topik itu semasa anda paling aktif dan bertenaga.

My Music Box... Ketulusan Hati